Assalammualaikum W.B.T……..
Salam Kemerdekaan…!
Setelah sekian lama menyepi sepikan diri kini saya ingin kembali ke dunia blogging semula…
Hampir setahun menyepikan diri. Ya, setahun…
Apa yang berlaku hampir setahun lalu? Apa yang menyebabkan saya mendiamkan diri?
Ya, pelbagai cerita suka dan duka yang beraku hampir setahun yang lalu…
Permulaan yang membuat saya jarang berblog adalah ketika isteri saya waktu bulan 12 2008, sedang sarat mengandung anak kedua saya. Sibuk melayan kerenah isteri dan anak sulung saya juga yang masih kecil ketika itu. Jadi masa untuk berinternet adalah terhad. Namun saya masih lagi mampu meluangkan masa untuk membaca email, menjual-beli ebook saya, bijakkomputer.com, sedikit masa surfing.
Cahaya Mata Kedua
Kegembiraan saya bermula pada 11 Disember 2008, iaitu isteri saya telah melahirkan anak kedua saya, Mohd Aisy Farish, dan semakin sibuklah sedikit kehidupan saya. Tapi masih lagi mampu di’handle’ dengan baik…
Kemudian, anak dan isteri saya hantar ke kampung. Boleh dikatakan setiap minggu saya pulang menjenguk anak-anak dan isteri di kampung. Namun, setelah sebulan, anak saya kelihatan tidak sihat. Anak saya menghidap kuning. Ya, untuk peringkat awal memamng kebanyakkan bayi akan kena kuning. Anak kedua saya memang kena kuning pada awal tapi telah pulih. Sebulan selepas itu, kuningnya naik semula. Sesuatu yang agak merisaukan saya dan isteri.
Sangka Panas Hingga Ke Petang Tapi Hujan di Tengahari…
Akibat dari kuning anak saya tersebut, saya telah merujuk ke klinik kesihatan ( tapi hampeh) dan ke klinik pakar kanak-kanak swasta. Pakar kanak-kanak swasta memberitahu perkara yang tidak mengembirakan dan mahu anak saya terus dirujuk hospital terus. Akhirnya bawa ke HKL. Di sana, doktor mengesahkan penyakit kuning anak saya adalah simptom penyakit yang bahaya iaitu Biliary Atresia.
anak saya perlu menjalani pembedahan. Akhirnya, pembedahan berjaya dijalankan yang dinamakan pembedahan Kasai. Tapi tidak memberikan harapan yang tinggi iaitu peluang untuk hidup anak saya 50%.
Allah lebih menyayangi anak saya, genap umur anak saya 3 bulan, dia telah pergi selama-lamanya. Saya pasrah tapi apa yang mampu saya boleh buat? Semoga dia akan menunggu papa dan mamanya ini di syurga nanti, Insya-allah…
Bisnes Internet dan Ebay…
Akibat dari pemergian anak kesayangan saya, emosi agak terganggu dan saya membuat keputusan untuk menyepikan diri. Namun masih lagi melayan email, melayari internet dan berfikir….
Ya, berfikir untuk meningkatkan pendapatan melalui internet. Bagaimana caranya? Mudah ke? Bagaimana dengan jualan ebook saya? Penat juga berfikir….
Akhirnya, saya teringat pernah membeli ebook dari Sifu Lan mengenai ebay. Jadi saya cuba untuk mengfokuskan diri untuk membuat bisnes ebay. Mudah ke? Boleh buat duit ke?
Itu semua kita perlu cuba. Jualan ebook kurang memberangsangkan.. sebabnya saya agak malas untuk mempromosikan ebook saya. Kebanyakkan pembeli datang dari enjin carian internet sahaja… Lagi pun ramai juga yang telah membuat panduan mempelajari komputer ni…
Ahhhh……. saya ingin cuba juga ebay ini…
Panjang dah menulis… maaf sebab banyak sangat cerita sedih.. tapi hidup mesti diteruskan….
Cukup setakat hari ini… Saya akan sambung lagi mengenai ebay ni nanti insya-allah…
Saya akan cuba kongsikan panduan-panduan dan tips-tips dalam ebay ni….

























