Archive for August, 2008

MAHA 2008 : Ekspo pertanian terbesar di Malaysia telah berakhir..

Wednesday, August 27th, 2008 | MAHA 2008, Pertanian with 2 Comments

Mungkin agak terlewat untuk bercerita mengenai MAHA 2008 yang telah berakhir pada hari sabtu lalu.
Jadi saya taknak bercerita banyak sangat pasal MAHA ni. Saya telah pergi ke MAHA 2008 ni sebanyak 4 kali (tapi masih tak habis pusing…) sebab saya bertugas di sana. Berbanding dengan MAHA 2006, rasanya memang  terdapat perubahan yang besar terutama dari segi perancangan terutama perjalanan MAHA tersebut serta infrastruktur yang atau kemudahan yang baik.

Walaupun sewaktu awalnya pengguna yang berkenderaan seperti kereta dikenakan caj parking RM5 (pergh.. mahal tuh) tetapi mungkin disebabkan komplen orang ramai atau mungkin untuk lebih tarikan supaya lebih ramai yang hadir ke ekspo pertanian ini maka harga parking diturunkan ke RM2. Apa pun, dari pandangan mata kasar saya nampaknya semua berjalan dengan baik.
Semoga MAHA yang akan datang akan menjadi lebih baik dari yang sebelumnya.
Untuk tatapan, disini saya letakkan beberapa gambar bagi yang mungkin tak berkesempatan ke MAHA 2008.


Merdekakah kita?

Monday, August 25th, 2008 | Umum with 2 Comments

Diam tak diam, tahun ni kita menyambut merdeka yang ke 51.  Sungguh pantas masa berlalu dan tahun ni pelbagai perkara mengejut berlaku  terutama bulan ogos ini…
Walau pun pelbagai perkara yang berlaku memeningkan kita, namun sebagai rakyat Malaysia perlu ambil tahu supaya negara kita ni tidak hura-hara dengan pelbagai cerita palsu, fitnah  dan kejadian-kejadian yang tidak kita kehendaki.
Kelihatannya, tahun ini merdeka pun agak suram dan kurang kedengaran laungan merdeka dari televisyen dan radio ( atau aku tak mendengarnya?). Di jalanan pun amat mudah untuk mengira bendera-bendera yang dilekatkan di kenderaan mahupun di tiang-tiang dan bangunan. Sudah lunturkah semangat merdeka atau semangat Malaysia kita?
Dan ingatlah, walau siapa pun kita dan di mana kita sayangilah negara kita yang tercinta ini. Semoga kemakmuran dan keamanan akan kekal walau siapapun yang memerintah.

Dibawah ini, sebuah video memaparkan sejarah kemerdekaan untuk kita ingat dan kenang sepanjang hayat kita…

Akhirnya, blog mohdlutfi.com wujud di dunia maya ini…

Saturday, August 16th, 2008 | Umum with 5 Comments

Assalammualaikum dan selamat datang kepada pengunjung blog saya yang tak seberapa ini….

Setelah sekian lama saya mengidamkan sebuah blog sendiri dengan domain nama sendiri (nasib baik org lain tak sambar lagi domain ni) akhirnya lahirlah sebuah blog yang simple ini.

Kenapa blog ni? Ermm….. sebenarnya, saya dah ada blog yang lain iaitu blog bijak komputer tapi saya merasakan tidak mempunyai kepuasan untuk menulis dan bercerita secara bebas sebab blog tersebut adalah blog mengenai komputer. Untuk blog mohdlutfi.com ni pula, saya mahu bercerita lebih banyak mengenai dunia realiti dan dunia internet.

Di blog ini saya akan cuba berkongsi segala cerita dunia realiti samada diri saya, sekeliling saya, dalam negara mahupun luar negara. Dan tentulah mengenai dunia internet saya akan cuba berkongsi mengenai pelbagai perkara seperti mungkin cara cari duit atau buat duit di internet yang sah, menambah info mengenai dunia ebiz, berkongsi pelbagai tips dan lain-lain. Saya juga menharapkan anda semua dapat berkongsi sekiranya ada idea, pendapat atau komen mengenai blog ini.

Akhir kata, jangan lupa afundi blog mohdlutfi.com ni yer…

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa di blog ini…
Bersama-samalah kita memajukan industri blog ni.

Salam perkenalan.