Sebelum terlewat, saya ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada pengunjung-pengunjung blog ini. Diam tak diam dah masuk 5 hari kita berpuasa yer…
Hari ni saya ingin berkongsi sedikit mengenai pengalaman saya cari duit atau buat duit di internet.
Saya pasti ramai yang ingin mencuba membuat duit di internet nih. Saya juga pasti ramai yang gagal atau mungkin belum sampai tahap menghasilkan duit dari internet secara berterusan dan agak stabil. Saya pun begitu juga tetapi alhamdullilah banyak tu tidaklah tapi adalah juga sikit-sikit.
Saya ingin berkongsi sedikit pengalaman saya menceburkan diri mencari duit di internet nih. Sebenarnya saya dah mencuba beberapa program secara offline seperti MLM tetapi gagal. Salah satu sebabnya ialah saya nih tak tahu malu bercakap dengan orang jadi saya takdelah downline sebab seperti yang kita tahu, mlm kena rajin cari downlinekan….
Selepas itu, saya berjinak-jinak dengan internet nih, mencari cara kalau-kalau internet nih boleh menunjukkan cara buat duit cara senang….. walaupun saya sebenarnya selalu juga melayari internet nih tapi sekadar suka-suka jer. Saya mencuba pelbagai cara untuk mencari duit di internet ni antaranya dengan google adsense, CPA (click per action) , reseller ebook seperti perigi duit tu, affiliate clickbank dan akhir sekali bisnes internet dengan menghasilkan ebook.
Kebanyakkan program tersebut tidaklah berjaya sangat sebab saya hanya sekadar mencuba method-method tersebut bagaimana cara-caranya untuk dan boleh menghasilkan duit.
Google Adsense - Seperti google adsense semua orang tahu ia adalah kaedah pengiklanan dari Google dimana untuk menghasilkan duit ialah pelawat perlu klik iklan di blog/laman web.
CPA - CPA pula seperti adbrite tapi tu buat penat dan membazir masa jer sebab tiap klik tu berapa sen jer dapat.
Program reseller ebook - program ni pula saya gagal atau saya berhenti disebabkan caranya yang kurang tepat iaitu spam ke email orang. Lagipun kebanyakkan ebooknya adalah sampah.
Clickbank - kepada yang kurang tahu mengenai clickbank ni, ia adalah tempat menjual produk-produk digital. Tugas anda adalah hanyalah menjadi affiliate iaitu tolong menjual produk mereka dengan mempromosikan produk-produk mereka. Sekiranya ada pengguna membeli dari link affiliate anda, maka anda akan mendapat komisen. Program ini memang berjaya saya menghasilkan duit dan perkara yang paling saya suka komisennya yang tinggi sehingga ada yang mencecah USD97. Sebab membuatkan saya berhenti ialah bajet. Iyelah, sebab untuk mendapatkan komisen tinggi tu kenalah buat promosi dan promosi yang saya lakukan ialah menggunakan google adwords. Bajet takde jadi terpaksalah berhenti (sekejap nanti sambung balik.. ;))
Ebook - Saya banyak merantau ke forum-forum. Secara tak sengaja saya menemui forum WangCyber. Di forum nilah saya banyak mempelajari mengenai bisnes internet. Setelah banyak membaca dan menyelidik akhirnya saya menghasilkan sebuah ebook dengan niche komputer iaitu Panduan Lengkap Bijak Komputer. Alhamdullilah, hampir setahun berlalu dan nampaknya sentiasa ada rezeki yang masuk.
Walaupun artikel ini agak panjang, saya sekadar ingin berkongsi pengalaman saya dan berharap para pengunjung tidak bosan untuk membaca. Kalau ada cara-cara lain lagi untuk cari duit atau buat duit di internet saya akan kongsi bersama.








Salam. Wah, hebat-hebat.
Nanti leh lah ajar saya kan
alamak… tokei dtg…
hehe.. perli ker aper tu RK..
aku rasa ko lagi expert bisnes internet nih…
harap dpt belajar sama2…
erk…takde lah. Siyes ni. Aku pun byk nak belajar.

Erm, update lah selalu blog kau
erm, aku nak register lah kau nye feedburner.
Nanti tak yah lah tiap2 hari nak tgk blog ni ada update atau tak
okeh.. thanks RK.
maybe bleh jv nanti…
Perkara yg perlu dikuasai untuk maju dengan cara lebih berhemah dan efisyen ialah network marketing.
hai say m.e saya ingin tahu serba sedikit bez anda…
hi miss e.. awak boleh rujuk artikel di atas tuh.. tulah biz yang saya buat..
saya ni newbie…nak gak cube2 buat perniagaan internet..baru je 1 bulan…banyak gak bace, ade la sikit2 ilmu…boleh la kiranya kita berkongsi sikit pengetahuan…hehehe…tertarik jugak dengan kekentalan hati saudara tunggu sampai setahun..kalu saya gaknya….dah lama cari bende lain…bagu2..teruskan usaha…ade maklumat terbaru jgn palk lupe bagi tahu…k salam ramadhan dan ari raye…bagi la sikit duit raye…hahaha