Browsing Category: "Buat duit"

Rahsia Zango buat duit dibongkar!

Sunday, November 30th, 2008 | Buat duit, zango with 3 Comments

Salam hujung minggu kepada semua pengunjung….

Huhu.. lama jugak tak menulis kat sini… bukan apa, bz sikit dengan kerja dan cari duit internet nih. Hari ni baru berkesempatan untuk menulis sedikit.
Sebelum ni saya ada menceritakan saya nak mencuba sejenis program buat duit iaitu Zango. Mungkin review ni agak lewat sebab rasanya dah banyak blog yang menceritakan perihal zango nih. Tapi yang ini saya hanya menceritakan pengalaman saya sahaja.
Saya mengenali zango dari ebook yang ditulis oleh alang yang bertajuk Rahsia Zango.
Dalam ebook ni alang mengajar langkah demi langkah untuk mendaftar zango, mencari-cari niche yang sesuai untuk menjana duit dari zango dan bagaimana untuk promosi web/blog anda supaya mendapat pengunjung. Walaupun laporan ini ringkas iaitu hanya 17 mukasurat tetapi itu tidak bermakna ia tidak bernilai malah lebih dari itu. Sebabnya, alang menyediakan support berbentuk forum supaya para peserta yang membeli ebook beliau dapat berkongsi idea, menyelesaikan masalah, berkongsi pengalaman serta pendapatan yang telah dijana melalui zango ni.

Baiklah jom tengok berapa yang saya dapat dari zango nih?

Tidaklah banyak tapi itu saya lakukan dalam tempoh sebulan dan hanya satu blog sahaja.

Sebelum memulakan zango ni apa yang anda perlu tahu?

1. Anda perlu dapatkan domain dan hosting
Hosting tidak perlu besar, boleh dapatkan yang kecil sahaja cukup sekadar 100MB. Hanya bandwith
perlu yang besar sekurang-kurangnya 10GB.

2. Masa. Ya, pada peringkat awal, anda perlu dedikasikan sedikit masa anda untuk promosi blog / web
anda supaya ramai pengunjung atau trafik dapat ditarik ke blog / web anda. Kalau tiada pengunjung
macamana nak buat duit kan?

3. Kreatif. Ya, kreatif untuk menarik pengunjung ke blog / web anda. Anda tak perlu mahir komputer
untuk buat duit dengan zango ni tapi perlu kreatif untuk menarik pengunjung iaitu tahu apa yang
pengunjung anda mahukan dan dari situ anda boleh buat duit.

4. Kena ada akaun paypal. Kalau tidak susah diaorang nak bayar kepada anda….;)

Baiklah, kalau nak tahu pasal zango, klik sini.

16 September : Debaran yang menanti

Tuesday, September 16th, 2008 | Bisnes internet, Buat duit, Umum with No Comments »

Salam ramadan….

Hari ini 16 september. Bermakna sudah masuk pertengahan bulan kita berpuasa di bulan ramadan yang mulia ini… Di bulan puasa ini agak sedikit sibuk. Bukan apa, disamping melakukan tugas seperti biasa, bulan puasa nilah juga kita dapat mencari dan menambah rezeki sampingan. Bulan puasa ni, saya menjalankan aktiviti tambahan iaitu mengambil tempahan untuk kuih raya…. Walaupun tak banyak macam buka kedai di bazar ramadan tapi alhamdullilah ada juga rezeki. Bagi yang mahu menempah kuih raya, boleh ke laman web ni, kuih tradisional. Tapi jangan salah sangka pula, bukan saya yang membuat yer.. sekadar berkongsi link jer…

Selain tu, sibuk juga dengan membina laman web untuk rakan saya yang juga ingin memulakan bisnes internetnya. Walaupun menjual barang fizikal, tidak bermakna sukar untuk menjualnya berbanding kita menjualnya di kedai. Rasanya, tren sekarang ni orang lebih suka membeli melalui internet. Kalau dah berkenan, terus bayar dan tunggu jer barang sampai di rumah… Sungguh mudah. Dan ini pastinya menjimatkan masa, tenaga dan air liur ( sebab tak payah bercakap banyak dengan pelanggan.. heheh).
Sebagai aktiviti tambahan bulan puasa ni, saya telah membina laman web untuk dijadikan pendapatan pasif atau tambahan saya iaitu tvseries-online.com. Bagaimana caranya pula saya nak menambah pendapatan dengan laman web ni? Cara pertama ; saya telah daftarkan laman web ini untuk zango. Cara kedua pula ; dengan adsense di laman web ini. Cara ketiga pula : letak link affiliate/referral di laman web tersebut….
Hasilnya, kita akan tunggu nanti yer…

Hari ini juga merupakan hari yang mendebarkan untuk rakyat Malaysia.. ya, seperti yang diwar-warkan oleh seluruh media massa bahawa akan berlaku pertukaran kerjaan pada hari ini. Benar atau tidak, tiada siapa yang pasti. Kita tunggu sahaja samada Dato Seri Anwar Ibrahim berjaya atau tidak dengan rancangannya atau sekadar menjadi impian kosong sahaja. Walauapapun, walau siapapun yang menjadi pemerintah diharapkan rakyat akan dibela nasibnya dan rasuah dapat ditangani…

Pengalaman buat duit dan bisnes di internet.

Friday, September 5th, 2008 | Bisnes internet, Buat duit with 8 Comments

Sebelum terlewat, saya ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada pengunjung-pengunjung blog ini. Diam tak diam dah masuk 5 hari kita berpuasa yer…
Hari ni saya ingin berkongsi sedikit mengenai pengalaman saya cari duit atau buat duit di internet.

Saya pasti ramai yang ingin mencuba membuat duit di internet nih. Saya juga pasti ramai yang gagal atau mungkin belum sampai tahap menghasilkan duit dari internet secara berterusan dan agak stabil. Saya pun begitu juga tetapi alhamdullilah banyak tu tidaklah tapi adalah juga sikit-sikit.

Saya ingin berkongsi sedikit pengalaman saya menceburkan diri mencari duit di internet nih. Sebenarnya saya dah mencuba beberapa program secara offline seperti MLM tetapi gagal. Salah satu sebabnya ialah saya nih tak tahu malu bercakap dengan orang jadi saya takdelah downline sebab seperti yang kita tahu, mlm kena rajin cari downlinekan….

Selepas itu, saya berjinak-jinak dengan internet nih, mencari cara kalau-kalau internet nih boleh menunjukkan cara buat duit cara senang….. walaupun saya sebenarnya selalu juga melayari internet nih tapi sekadar suka-suka jer. Saya mencuba pelbagai cara untuk mencari duit di internet ni antaranya dengan google adsense, CPA (click per action) , reseller ebook seperti perigi duit tu, affiliate clickbank dan akhir sekali bisnes internet dengan menghasilkan ebook.

Kebanyakkan program tersebut tidaklah berjaya sangat sebab saya hanya sekadar mencuba method-method tersebut bagaimana cara-caranya untuk dan boleh menghasilkan duit.
Read the rest of this entry »