Mungkin agak terlewat untuk bercerita mengenai MAHA 2008 yang telah berakhir pada hari sabtu lalu.
Jadi saya taknak bercerita banyak sangat pasal MAHA ni. Saya telah pergi ke MAHA 2008 ni sebanyak 4 kali (tapi masih tak habis pusing…) sebab saya bertugas di sana. Berbanding dengan MAHA 2006, rasanya memangĀ terdapat perubahan yang besar terutama dari segi perancangan terutama perjalanan MAHA tersebut serta infrastruktur yang atau kemudahan yang baik.
Walaupun sewaktu awalnya pengguna yang berkenderaan seperti kereta dikenakan caj parking RM5 (pergh.. mahal tuh) tetapi mungkin disebabkan komplen orang ramai atau mungkin untuk lebih tarikan supaya lebih ramai yang hadir ke ekspo pertanian ini maka harga parking diturunkan ke RM2. Apa pun, dari pandangan mata kasar saya nampaknya semua berjalan dengan baik.
Semoga MAHA yang akan datang akan menjadi lebih baik dari yang sebelumnya.
Untuk tatapan, disini saya letakkan beberapa gambar bagi yang mungkin tak berkesempatan ke MAHA 2008.














