Assalammualaikum W.B.T……..
Salam Kemerdekaan…!
Setelah sekian lama menyepi sepikan diri kini saya ingin kembali ke dunia blogging semula…
Hampir setahun menyepikan diri. Ya, setahun…
Apa yang berlaku hampir setahun lalu? Apa yang menyebabkan saya mendiamkan diri?
Ya, pelbagai cerita suka dan duka yang beraku hampir setahun yang lalu…
Permulaan yang membuat saya jarang berblog adalah ketika isteri saya waktu bulan 12 2008, sedang sarat mengandung anak kedua saya. Sibuk melayan kerenah isteri dan anak sulung saya juga yang masih kecil ketika itu. Jadi masa untuk berinternet adalah terhad. Namun saya masih lagi mampu meluangkan masa untuk membaca email, menjual-beli ebook saya, bijakkomputer.com, sedikit masa surfing.
Cahaya Mata Kedua
Kegembiraan saya bermula pada 11 Disember 2008, iaitu isteri saya telah melahirkan anak kedua saya, Mohd Aisy Farish, dan semakin sibuklah sedikit kehidupan saya. Tapi masih lagi mampu di’handle’ dengan baik…
Kemudian, anak dan isteri saya hantar ke kampung. Boleh dikatakan setiap minggu saya pulang menjenguk anak-anak dan isteri di kampung. Namun, setelah sebulan, anak saya kelihatan tidak sihat. Anak saya menghidap kuning. Ya, untuk peringkat awal memamng kebanyakkan bayi akan kena kuning. Anak kedua saya memang kena kuning pada awal tapi telah pulih. Sebulan selepas itu, kuningnya naik semula. Sesuatu yang agak merisaukan saya dan isteri.
Sangka Panas Hingga Ke Petang Tapi Hujan di Tengahari…
Akibat dari kuning anak saya tersebut, saya telah merujuk ke klinik kesihatan ( tapi hampeh) dan ke klinik pakar kanak-kanak swasta. Pakar kanak-kanak swasta memberitahu perkara yang tidak mengembirakan dan mahu anak saya terus dirujuk hospital terus. Akhirnya bawa ke HKL. Di sana, doktor mengesahkan penyakit kuning anak saya adalah simptom penyakit yang bahaya iaitu Biliary Atresia.
anak saya perlu menjalani pembedahan. Akhirnya, pembedahan berjaya dijalankan yang dinamakan pembedahan Kasai. Tapi tidak memberikan harapan yang tinggi iaitu peluang untuk hidup anak saya 50%.
Allah lebih menyayangi anak saya, genap umur anak saya 3 bulan, dia telah pergi selama-lamanya. Saya pasrah tapi apa yang mampu saya boleh buat? Semoga dia akan menunggu papa dan mamanya ini di syurga nanti, Insya-allah…
Bisnes Internet dan Ebay…
Akibat dari pemergian anak kesayangan saya, emosi agak terganggu dan saya membuat keputusan untuk menyepikan diri. Namun masih lagi melayan email, melayari internet dan berfikir….
Ya, berfikir untuk meningkatkan pendapatan melalui internet. Bagaimana caranya? Mudah ke? Bagaimana dengan jualan ebook saya? Penat juga berfikir….
Akhirnya, saya teringat pernah membeli ebook dari Sifu Lan mengenai ebay. Jadi saya cuba untuk mengfokuskan diri untuk membuat bisnes ebay. Mudah ke? Boleh buat duit ke?
Itu semua kita perlu cuba. Jualan ebook kurang memberangsangkan.. sebabnya saya agak malas untuk mempromosikan ebook saya. Kebanyakkan pembeli datang dari enjin carian internet sahaja… Lagi pun ramai juga yang telah membuat panduan mempelajari komputer ni…
Ahhhh……. saya ingin cuba juga ebay ini…
Panjang dah menulis… maaf sebab banyak sangat cerita sedih.. tapi hidup mesti diteruskan….
Cukup setakat hari ini… Saya akan sambung lagi mengenai ebay ni nanti insya-allah…
Saya akan cuba kongsikan panduan-panduan dan tips-tips dalam ebay ni….
Salam ramadan….
Bagaimana dengan puasa anda hari ini? Diharap semua masih ceria lagi…
Harini saya ingin bercerita sedikit mengenai ekonomi dunia… Walaupun saya ni bukanlah seorang yang pakar tapi sekadar berkongsi pendapat dengan anda semua..
Saham seluruh dunia menjunam
Semalam seluruh dunia dikejutkan dengan berita bahawa bursa-bursa saham utama diseluruh dunia termasuk Malaysia menjunam sehingga 14 peratus. Sungguh menggemparkan sebab ia adalah penurunan terendah dalam sejarah bursa saham. Ia dikatan berpunca dari Amerika Syarikat iaitu sebuah bank pelaburan yang antara terbesar didunia telah diisytihar muflis. Bank tersebut ialah Lehman Brothers. Antara firma kewangan lain yang hampir muflis ialah Merrill Lynch dan AIG. Krisis ini secara langsung atau tidak akan memberi kesan ekonomi sama ada teruk atau tidak yang mungkin boleh membawa kepada kegawatan ekonomi…
Jadi kepada anda semua, berjimat cermatlah sekarang kerana sebarang kemungkinan boleh berlaku sekarang ni…
Minyak : Semakin lama semakin turun?
Harga minyak jatuh lagi dengan sehingga hari ini iaitu dibawah paras USD90 setong. Ia dikatakan berpunca dengan permintaan bekalan yang kurang dari negara pengguna utama tenaga tersebut. Namun di Malaysia ni harga masih kekal tinggi dari kali terakhir diturunkan. Sepatutnya kerajaan mengambil peluang ini dengan menurunkan harga minyak untuk membantu rakyat meneruskan kehidupan dengan mengurangkan perbelanjaan minyak petrol yang lebih murah tetapi boleh meningkatkan perbelanjaan lain seperti barang-barang dapur atau pengguna.
Bantulah kami wahai kerajaan… kami hanyalah rakyat yang sederhana hidupnya… (agak-agak, ada tak orang pak lah baca ni?)
Ekonomi Malaysia dijangka meningkat?
Banyak-banyak berita, berita ni yang palik peling saya baca. Mengikut Utusan, unjuran ekonomi Malaysia akan meningkat sehingga 5.6% tahun ini. Perkara yang tidak menjadi logiknya, bagaimana dengan kenikkan harga minyak akan memperolehi unjuran sebegitu. Dan lagi ekonomi seluruh dunia terutama Amerika Syarikat yang sedang menghadapi krisis kewangan yang teruk akan memberi impak positif kepada negara kita? Lainlah kalau harga minyak turun, sudah pasti banyak barang lain akan diturunkan harga.
Barulah memberi kesan posotif kepada semua pihak…
Apa pendapat anda setelah membaca artikel diatas? Boleh jadi penganalisi ekonomi ke saya ni?
Selamat membaca!
Salam ramadan….
Hari ini 16 september. Bermakna sudah masuk pertengahan bulan kita berpuasa di bulan ramadan yang mulia ini… Di bulan puasa ini agak sedikit sibuk. Bukan apa, disamping melakukan tugas seperti biasa, bulan puasa nilah juga kita dapat mencari dan menambah rezeki sampingan. Bulan puasa ni, saya menjalankan aktiviti tambahan iaitu mengambil tempahan untuk kuih raya…. Walaupun tak banyak macam buka kedai di bazar ramadan tapi alhamdullilah ada juga rezeki. Bagi yang mahu menempah kuih raya, boleh ke laman web ni, kuih tradisional. Tapi jangan salah sangka pula, bukan saya yang membuat yer.. sekadar berkongsi link jer…
Selain tu, sibuk juga dengan membina laman web untuk rakan saya yang juga ingin memulakan bisnes internetnya. Walaupun menjual barang fizikal, tidak bermakna sukar untuk menjualnya berbanding kita menjualnya di kedai. Rasanya, tren sekarang ni orang lebih suka membeli melalui internet. Kalau dah berkenan, terus bayar dan tunggu jer barang sampai di rumah… Sungguh mudah. Dan ini pastinya menjimatkan masa, tenaga dan air liur ( sebab tak payah bercakap banyak dengan pelanggan.. heheh).
Sebagai aktiviti tambahan bulan puasa ni, saya telah membina laman web untuk dijadikan pendapatan pasif atau tambahan saya iaitu tvseries-online.com. Bagaimana caranya pula saya nak menambah pendapatan dengan laman web ni? Cara pertama ; saya telah daftarkan laman web ini untuk zango. Cara kedua pula ; dengan adsense di laman web ini. Cara ketiga pula : letak link affiliate/referral di laman web tersebut….
Hasilnya, kita akan tunggu nanti yer…
Hari ini juga merupakan hari yang mendebarkan untuk rakyat Malaysia.. ya, seperti yang diwar-warkan oleh seluruh media massa bahawa akan berlaku pertukaran kerjaan pada hari ini. Benar atau tidak, tiada siapa yang pasti. Kita tunggu sahaja samada Dato Seri Anwar Ibrahim berjaya atau tidak dengan rancangannya atau sekadar menjadi impian kosong sahaja. Walauapapun, walau siapapun yang menjadi pemerintah diharapkan rakyat akan dibela nasibnya dan rasuah dapat ditangani…
Diam tak diam, tahun ni kita menyambut merdeka yang ke 51. Sungguh pantas masa berlalu dan tahun ni pelbagai perkara mengejut berlaku terutama bulan ogos ini…
Walau pun pelbagai perkara yang berlaku memeningkan kita, namun sebagai rakyat Malaysia perlu ambil tahu supaya negara kita ni tidak hura-hara dengan pelbagai cerita palsu, fitnah dan kejadian-kejadian yang tidak kita kehendaki.
Kelihatannya, tahun ini merdeka pun agak suram dan kurang kedengaran laungan merdeka dari televisyen dan radio ( atau aku tak mendengarnya?). Di jalanan pun amat mudah untuk mengira bendera-bendera yang dilekatkan di kenderaan mahupun di tiang-tiang dan bangunan. Sudah lunturkah semangat merdeka atau semangat Malaysia kita?
Dan ingatlah, walau siapa pun kita dan di mana kita sayangilah negara kita yang tercinta ini. Semoga kemakmuran dan keamanan akan kekal walau siapapun yang memerintah.
Dibawah ini, sebuah video memaparkan sejarah kemerdekaan untuk kita ingat dan kenang sepanjang hayat kita…
Assalammualaikum dan selamat datang kepada pengunjung blog saya yang tak seberapa ini….
Setelah sekian lama saya mengidamkan sebuah blog sendiri dengan domain nama sendiri (nasib baik org lain tak sambar lagi domain ni) akhirnya lahirlah sebuah blog yang simple ini.
Kenapa blog ni? Ermm….. sebenarnya, saya dah ada blog yang lain iaitu blog bijak komputer tapi saya merasakan tidak mempunyai kepuasan untuk menulis dan bercerita secara bebas sebab blog tersebut adalah blog mengenai komputer. Untuk blog mohdlutfi.com ni pula, saya mahu bercerita lebih banyak mengenai dunia realiti dan dunia internet.
Di blog ini saya akan cuba berkongsi segala cerita dunia realiti samada diri saya, sekeliling saya, dalam negara mahupun luar negara. Dan tentulah mengenai dunia internet saya akan cuba berkongsi mengenai pelbagai perkara seperti mungkin cara cari duit atau buat duit di internet yang sah, menambah info mengenai dunia ebiz, berkongsi pelbagai tips dan lain-lain. Saya juga menharapkan anda semua dapat berkongsi sekiranya ada idea, pendapat atau komen mengenai blog ini.
Akhir kata, jangan lupa afundi blog mohdlutfi.com ni yer…
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa di blog ini…
Bersama-samalah kita memajukan industri blog ni.
Salam perkenalan.







