Salam ramadan kepada semua…
Semua masih bertenaga lagi untuk meneruskan kewajiban puasa ni? Rasanya semua mesti ok lagi sebab sekarang ni musim hujan jadi cuaca takdelah panas sangatkan…
Walauapapun keadaannya, kita teruskanlah berbisnes internet ni. Cari duit raya… ![]()
Pada bulan puasa ni takdelah aktiviti sangat tapi saya banyak juga berbelanja… ![]()
Bukan berbelanja fizikal tapi digital. Ya, saya banyak membeli produk digital.
Antara produk yang yang saya beli ialah ebook TipsAdsense dan DVD VideoUsahawan
Ebook Tips Adsense
Ebook Tips Adsense ditulis oleh Labanon. Sempena merdeka, Labanon telah pun membuat jualan merdeka di WangCyber. Labanon telah menawarkan harga RM15 dari harga asalnya RM20 jadi saya sambar jelah..
Ebook ni sesuai untuk newbie yang mahu menceburi adsense ni.
Untuk dapatkan panduan TipsAdsense ni anda boleh dapatkan disini.

DVD VideoUsahawan
Baru minggu lepas saya membeli produk DVD VideoUsahawan dari team JomSeminar
DVD tersebut berharga RM67 RM97 ( baru nak beli harga Rm67 dah habis pulak… kecewa betul).
Disebabkan kehangatan dan keinginan yang terlalu ghairah untuk tahu segala isi VideoUsahawan nih
terus saya sambar walaupun harganya RM97. Dvd VU tersebut dah sampai semalam tapi belum pula berkesempatan untuk menonton video-video dari sifu-sifu internet.
Dari bentuk luaran kelihatan amat profesional dan cantik. Satu perkara yang membuatkan orang berasa yakin terhadap produk ini.
Hehe.. yang untungnya saya beli dari link Hairi a.k.a TheReds yang telah menawarkan bonus menarik iaitu Pakej Database Video Blog. Database yang mengandungi koleksi anime ni sesuai untuk anda yang mahu beradsense dan membuat blog dengan cepat…;)
Ebook Rahsia Zango
Ebook ni saya belum beli lagi dan akan beli, insya-allah. Saya bercadang untuk mendapatkan ebook Rahsia Zango ni. Tertarik juga melihat ramai orang yang berjaya mendapatkan hasil dari zango ni. Perkara yang lebih menyakinkan ialah zango ni telah membuat pembayaran kepada peserta-pesertanya.
Lagipun, kita akan mendapat support forum dari alang ni…

Jadi, kesimpulannya kenapa saya mendapatkan semua produk ni :
- Meningkatkan kemahiran dan menambah ilmu untuk cari duit diinternet
- Belajar dengan cara yang betul melalui sifu-sifu internet malaysia
- Mendalami teknik adsense, trafik dan mungkin teknik-teknik baru yang saya tak tahu…
Semua orang boleh buat duit di internet asalkan dengan cara yang betul dan untuk dapatkan cara yang betul adalah dapatkan ilmu. Kita kena berusaha mendapatkan ilmu dan jangan kedekut walaupun terpaksa melabur kerana walaupun melabur, pulangannya nanti insya-allah lebih baik lagi nanti…
Orang lain boleh, takkan saya/kita tak boleh pulakan…
Semoga anda semua sukses selalu…









Leave a Comment